Mohd Shuhaily dikembalikan semula ke PDRM – Saifuddin

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain/Foto fail BERNAMA

PUTRAJAYA, 29 Oktober – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dikembalikan semula ke Polis Diraja Malaysia (PDRM)

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat minggu lepas selepas penamatan penempatan secara pinjaman ke AKPS.
  • PDRM akan menentukan penempatan beliau seterusnya dalam pasukan polis.
  • Beliau adalah kader polis ke AKPS, jadi dikembalikan kepada pasukan polis.
  • Kedudukan beliau sedang diteliti dan dirujuk kepada AGC sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu dibuat pada minggu lepas selepas penamatan penempatan secara pinjaman ke agensi itu.

“PDRM seterusnya akan menentukan penempatan beliau dalam pasukan berkenaan.

“Sebab beliau dalam kader polis ke AKPS. Jadi kita kembalikan dia semula kepada pasukan polis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Mohd Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS pada 1 Julai 2025.

Sebelum dipinjamkan ke AKPS, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa jawatan KP AKPS akan diisi oleh pegawai polis.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata kedudukan Mohd Shuhaily sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum keputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun dan ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.