Gulf Air Bahrain Grand Prix: Kawalan akses SIC diperketat

Foto RTM

SHAH ALAM, 1 Oktober – Semua kenderaan yang menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) diwajibkan menjalani pemeriksaan saringan di lima lokasi utama, bagi memastikan kawalan akses ke litar berjalan lancar dan teratur sempena perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026, yang berlangsung mulai esok hingga Ahad ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 365 pegawai dan anggota JSPT ditugaskan mengawal lalu lintas sepanjang acara.
  • Kawalan trafik berkuat kuasa dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari, kemuncak perlumbaan pada hari Ahad.
  • Perkhidmatan termasuk 200 pas e-hailing, 100 pas Prestige Lane, 95 bas MyRapid, dan parkir untuk kira-kira 4,000 kereta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, ia melibatkan , dari arah Plaza Tol KLIA ke Jalan Pekeliling, dari arah KLIA 1 ke Jalan Pekeliling, sebelum bulatan Masjid menuju ke SIC, dari arah Kota Warisan ke Labohan Dagang menuju ke Jalan KLIA 1 dan Simpang Empat Jalan Kuarters KLIA menuju ke SIC (lampu isyarat Enstek).

Katanya, seramai 365 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ditugaskan mengawal lalu lintas sempena perlumbaan itu.

“Penugasan kawalan trafik berkuat kuasa dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari, dengan kemuncak perlumbaan utama pada hari Ahad.

“Beberapa laluan alternatif turut dikenal pasti bagi mengurangkan kesesakan, khususnya bagi pengguna dari arah utara ke selatan,” katanya pada sidang media berhubung penugasan kawalan keselamatan dan lalu lintas sempena penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026, di sini.

Mengulas lanjut, 200 pas e-hailing turut dikeluarkan kepada perkhidmatan Grab bagi mengambil dan menghantar pengunjung ke Tempat Letak Kereta Jangka Panjang.

Manakala 100 pas e-hailing dikeluarkan bagi kegunaan Prestige Lane untuk mengambil penumpang di hotel-hotel yang terpilih.

“Bagi perkhidmatan bas perantara, 95 buah bas daripada MyRapid disediakan dengan empat lokasi mengambil dan menurunkan penumpang.

“Kapasiti parkir di kawasan SIC pula, bagi dianggarkan sekitar 100 buah bas pada satu masa manakala bagi parkir kereta dijangka mampu menampung sehingga 4,000 buah kenderaan dengan 14 lot disediakan,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.