Negeri Sembilan sedia bawa semula RUU had tempoh jawatan Menteri Besar

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bercakap kepada pemberita dalam sidang media paska Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan di Wisma Negeri, di Seremban/RTM

SEREMBAN, 21 Januari -Kerajaan Negeri Sembilan bersedia membawa semula Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan had tempoh jawatan Menteri Besar ke Sidang Dewan Undangan Negeri pada persidangan akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Negeri bersedia bawa semula RUU had tempoh jawatan Menteri Besar ke persidangan DUN akan datang.
  • Cadangan mengehadkan jawatan kepada dua penggal atau 10 tahun selari dengan tadbir urus baik.
  • Walaupun ditolak sebelum ini, kerajaan negeri tetap komited meneruskan usaha demi kepentingan jangka panjang.
  • Had tempoh jawatan dijangka beri ruang kepada kepimpinan baharu dan memastikan kesinambungan pembangunan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara berkenaan pernah dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2021, namun ditolak.

“Cadangan berkenaan yang mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal atau sepuluh tahun itu adalah selari dengan prinsip tadbir urus baik serta usaha memperkukuh sistem demokrasi di negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media paska Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan di Wisma Negeri, di sini.

Menurut beliau, meskipun cadangan tersebut sebelum ini tidak mendapat sokongan dua pertiga ahli Dewan Undangan Negeri, kerajaan negeri kekal komited bagi meneruskan usaha berkenaan demi kepentingan jangka panjang pentadbiran negeri.

“Cadangan berkenaan yang mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal atau 10 tahun itu adalah selari dengan prinsip tadbir urus baik serta usaha memperkukuh sistem demokrasi di negeri berkenaan,” katanya lagi.

Tambah Datuk Seri Aminuddin , pelaksanaan had tempoh jawatan itu juga dilihat dapat memberi ruang kepada kepimpinan baharu serta memastikan kesinambungan pembangunan negeri dapat diteruskan secara lebih sistematik.