Ketua Eksekutif SAR Macao tiba di Malaysia untuk lawatan kerja

Lawatan kerja pertama Sam Hou Fai ke Malaysia sejak menyandang jawatan Ketua Eksekutif SAR Macao keempat

SEPANG, 2 September – Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Macao, Sam Hou Fai tiba di Malaysia untuk lawatan kerja empat sehingga Sabtu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lawatan kerja pertama Sam Hou Fai ke Malaysia sejak dilantik Ketua Eksekutif SAR Macao pada 2024.
  • Sam dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Jumlah perdagangan tahun lalu antara Malaysia dan SAR Macao RM367.7 juta, naik 73.6 peratus.

Pesawat komersial yang membawa Sam dan delegasi mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 7.25 malam.

Kunjungan itu merupakan lawatan kerja pertama Sam ke Malaysia sejak menyandang jawatan Ketua Eksekutif SAR Macao keempat pada 2024.

Ketibaan Sam, isteri Wong Sio Peng serta Setiausaha Ekonomi dan Kewangan Lei Wai Nong disambut mesra Ketua Protokol Kerajaan Malaysia, Datuk Rozainor Ramli.

Kenyataan Wisma Putra memaklumkan Sam dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pihak dijangka bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala Malaysia-SAR Macao.

Tahun lepas, jumlah perdagangan antara Malaysia dan SAR Macao ialah RM367.7 juta (USD85.8 juta), meningkat sebanyak 73.6 peratus berbanding 2024.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.