
BUKIT MERTAJAM, 25 September – Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 11.05 pagi tadi ke rumah Allahyarham abangnya, Idris Ismail di Cherok Tokun disambut dengan suasana hiba oleh ahli keluarga dan penduduk setempat.
- Walaupun berduka, Datuk Seri Anwar beramah mesra dan berseloroh dengan penduduk setempat.
- Beliau menyertai bacaan yasin yang diketuai Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.
- Dalam hantaran Facebook, Anwar menyifatkan kehilangan abangnya amat menyedihkan dan sukar diterima.
Meskipun dalam keadaan berduka, Datuk Seri Anwar sempat beramah mesra dan berseloroh dengan penduduk setempat.
Beliau kemudiannya menyertai bacaan yasin yang diketuai Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.
Pada masa sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib turut berkesempatan hadir menziarahi jenazah.
Sebelum itu, Datuk Seri Anwar menerusi hantaran Facebook menyifatkan kehilangan Allahyarham Idris Ismail bukan sesuatu yang mudah, terutama apabila membesar bersama, berkongsi akar yang sama serta menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup sejak sekian lama.
“Saudara Idrus Ibrahim, yang merupakan sosok yang begitu dekat dan paling senior dalam kalangan kami telah kembali menyahut panggilan Ilahi,” menurut hantaran itu.