Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 3 petang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 25 September – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran melibatkan Miri: Subis, Miri, Beluru, Marudi dan Limbang di Sarawak.
  • Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Kalabakan, Tawau, Semporna) dan Tongod; amaran juga untuk Labuan.
  • Amaran dikeluarkan bila hujan dijangka melebihi 20 milimeter sejam; setiap amaran sah sehingga enam jam.

Di Sarawak, amaran melibatkan Miri membabitkan Subis, Miri, Beluru dan Marudi serta Limbang.

Di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat dan Tawau membabitkan Kalabakan, Tawau serta Semporna, selain Tongod di Sandakan.

Amaran turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir berlaku atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.