Letupan bengkel mercun di India ragut lima nyawa

Foto AFP

PATNA, 24 Oktober – Sekurang-kurangnya lima orang termasuk tiga kanak-kanak maut dalam beberapa letupan kuat di sebuah bengkel pembuatan mercun di timur India pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan berlaku di sebuah rumah persendirian di Siwan, Bihar, yang digunakan untuk pembuatan mercun.
  • Letupan awal mencetuskan beberapa letupan susulan di lokasi sama.
  • Pemilik bengkel serta empat ahli keluarganya dilaporkan maut dalam kejadian.
  • Kemalangan industri berkaitan mercun sering berlaku di India akibat piawaian keselamatan diabaikan.

Menurut media tempatan, letupan di daerah Siwan, negeri Bihar itu mencetuskan beberapa letupan susulan di sebuah rumah persendirian yang digunakan untuk aktiviti pembuatan mercun.

Pegawai polis, Bharat Soni, mengesahkan lima orang terbunuh manakala penduduk bimbang seorang atau dua lagi mangsa mungkin tertimbus di bawah runtuhan.

Pemilik bengkel itu turut maut bersama empat anggota keluarganya yang lain.

Kemalangan industri kerap berlaku di India, dengan piawaian keselamatan sering diabaikan atau tidak dikuatkuasakan dengan berkesan.

Pada Ogos lalu, 11 orang termasuk lapan kanak-kanak maut dalam letupan di sebuah bengkel mercun yang beroperasi di kawasan perumahan di negeri Uttar Pradesh, utara India.

Pada Mac, kebakaran di sebuah kilang bunga api di barat India meragut 17 nyawa.

Pada bulan berikutnya, lapan orang pula maut apabila sebuah gudang mercun di selatan India terbakar. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.