NGO mampu main peranan lebih efektif bantu komuniti

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mampu memainkan peranan lebih berkesan dalam membantu komuniti yang memerlukan menerusi kerjasama strategik dengan pihak berkuasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan dan NGO mempunyai peranan berbeza namun saling melengkapi dalam menangani isu sosial di ibu negara.
  • Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang manakala NGO menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.
  • Kerjasama memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan dan tindakan penguatkuasaan DBKL dilaksanakan apabila perlu.
  • Majlis itu mengiktiraf sumbangan NGO dan pihak berkuasa serta meningkatkan keyakinan mereka meneruskan khidmat masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata kerajaan dan NGO mempunyai peranan berbeza tetapi saling melengkapi dalam menangani isu sosial di ibu negara.

Beliau berkata kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang, manakala NGO membantu menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“Apabila kita bekerjasama dengan NGO, kumpulan yang memerlukan bantuan akan menerima bantuan, manakala kumpulan yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik Komuniti Kuala Lumpur di ibu negara.

Menurutnya, kerjasama antara kerajaan dan NGO penting kerana kedua-dua pihak saling bergantung dalam menggembleng sumber kewangan serta tenaga bagi membantu masyarakat, khususnya berikutan keterbatasan kerajaan dalam melaksanakan setiap tugasan.

Beliau berkata majlis berkenaan turut menjadi simbolik pengiktirafan terhadap sumbangan NGO dan pihak berkuasa dalam memperkukuh kebajikan warga kota, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.