Taufan Polo bawa ombak besar, angin kencang di Colima

Gambar Hiasan /RTM

COLIMA, 25 September – Kesan Taufan Polo mula dirasai di sepanjang pesisir pantai negeri Colima, barat daya Mexico pada pagi Khamis; membawa ombak besar, angin kencang, dan hujan lebat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Taufan diklasifikasikan kategori empat dengan kelajuan angin sekitar 240 kilometer sejam.
  • Dijangka bergerak ke tengah Lautan Pasifik dalam beberapa jam, seterusnya mungkin menuju Baja California dan membadai sebagai kategori dua.
  • Pejabat Penyelarasan Perlindungan Awam menggesa penduduk tempatan memantau sumber rasmi dan memperketat langkah keselamatan.

Taufan kategori empat yang kini berada paling hampir dengan Colima itu membawa kelajuan angin mencecah 240 kilometer sejam.

Taufan berkenaan dijangka bergerak ke tengah Lautan Pasifik dalam tempoh beberapa jam lagi.

Ia kemudiannya diramal menghala ke semenanjung Baja California dan berpotensi membadai daratan sebagai taufan kategori dua pada minggu hadapan.

Pejabat Penyelarasan Perlindungan Awam Kebangsaan menggesa penduduk di kawasan pesisir pantai yang terjejas supaya sentiasa mengikuti perkembangan taufan melalui sumber rasmi serta mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.