Pembangunan harta wakaf diperkasa, pacu pertumbuhan ekonomi

Foto RTM

BANGI, 20 Oktober – Pengurusan dan pembangunan harta wakaf akan terus diperkasa serta dipercepat bagi memastikan aset berkenaan dimanfaatkan secara optimum untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengurusan harta wakaf perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa untuk meneroka kaedah terbaik memaksimumkan potensi aset.
  • Wakaf sepatutnya menjadi instrumen menjana ekonomi, bukan hanya membantu asnaf, malah membasmi kemiskinan dan memberi manfaat negara.
  • Shariah Forum 2026 membincangkan pembiayaan akhir hartanah wakaf, menghimpunkan jabatan mufti, MAIN, institusi perbankan Islam dan pemegang taruh.
  • Maybank Islamic menyampaikan geran penyelidikan RM82,000 kepada penganjur untuk menyokong kajian pembangunan wakaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pengurusan harta wakaf perlu terus disesuaikan dengan perkembangan semasa bagi meneroka kaedah terbaik untuk memaksimumkan potensi aset berkenaan.

“Wakaf sepatutnya menjadi instrumen yang menjana pertumbuhan ekonomi, bukan sekadar membantu golongan asnaf dan penerima manfaat.

“Wakaf juga berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, membasmi kemiskinan serta memberikan manfaat yang lebih besar kepada negara,” katanya semasa berucap dalam majlis penutup Shariah Forum 2026 anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad di sini.

Forum bertemakan Pembiayaan Akhir Hartanah Wakaf: Analisis Isu-isu Syariah Terpilih itu menghimpunkan 160 wakil daripada Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), institusi perbankan Islam serta pemegang taruh bagi membincangkan isu berkaitan pembiayaan pembangunan hartanah wakaf.

Dalam majlis sama, Dr. Zulkifli turut menyaksikan penyerahan geran penyelidikan berjumlah RM82,000 daripada Maybank Islamic kepada Pengarah Shariah Forum 2026, Profesor Madya Dr. Muhamad Firdaus Ab Rahman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.