
NEW YORK, 25 September – Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani mengecam ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengandungi tuduhan antisemitisme serta dakwaan memutarbelitkan fakta berkaitan Israel.
- Mengecam ucapan Netanyahu di PBB kerana mengandungi tuduhan antisemitisme dan memutarbelitkan fakta.
- Netanyahu mengulangi tuduhan tidak berasas untuk menjustifikasi tindakan Israel terhadap rakyat Palestin.
- Ucapan itu digambarkan sebagai pembohongan bertujuan menjustifikasikan genosid terhadap rakyat Palestin.
- Netanyahu masih subjek waran tangkap ICC atas dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
Beliau berkata, Netanyahu sekali lagi mengulangi tuduhan yang disifatkannya sebagai tidak berasas bagi mempertahankan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin.
“Seperti yang dilakukan berkali-kali sebelum ini, Netanyahu menggunakan ucapannya untuk melakukan pembohongan tidak berasas yang bertujuan menjustifikasikan tindakan genosid terhadap rakyat Palestin.
“Tiada pembohongan yang mampu mengubah hakikat bahawa Netanyahu masih menjadi subjek waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan,” katanya. -AFP