Dua maut dalam dua kemalangan di Kulai

Keadaan kenderaan dipandu wanita, 32 tahun selepas melanggar belakang sebuah lori

KULAI, 25 September – Dua kemalangan berasingan di Kulai, Johor, awal pagi semalam mengorbankan dua individu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Remaja 17 tahun maut selepas motosikal bertembung dengan kereta di Jalan Felda Inas; pemandu kereta 51 tahun cedera.
  • Wanita 32 tahun maut selepas kenderaan dipandunya melanggar belakang lori di Kilometer 32, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam; dipercayai hilang kawalan.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Felda Inas, kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, motosikal mangsa dalam perjalanan dari Bandar Tenggara menghala ke Kulai sebelum gagal mengelak sebuah kereta yang menukar haluan.

“Akibat pelanggaran, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta, lelaki berusia 51 tahun, cedera,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Motosikal bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Felda Inas/Foto Polis Kulai

Dalam kejadian berasingan kira-kira pukul 6.15 pagi, seorang wanita berusia 32 tahun maut selepas kenderaan dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 32, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam.

Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang lori yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.