fb fb fb fb fb

Kenyataan Presiden Bersatu tidak berasas

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke

SHAH ALAM, 26 November- Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyelar dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kononnya DAP akan menggunakan kuasanya untuk meminda Perlembagaan negara.

Ia bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan sekali gus memberi kelebihan kepada DAP.

Beliau menyifatkan dakwaan tersebut satu tindakan tidak bertanggungjwab dan tidak berasas sama sekali.

Tegasnya, DAP sentiasa menghormati apa sahaja keputusan Kabinet dan Jemaah Menteri kerana setiap keputusan dibuat secara kolektif atas persetujuan bersama.

"Kita menjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan, apa yang telah termaktub itu dasar bersama, pendirian bersama. Kerajaan Perpaduan hari ini membuat keputusan dan mentadbir negara berlandaskan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan", katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Selangor 2023 di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor.

ROSLINA BINTI DIN