Belia perlu diberi peranan lebih aktif dalam pembangunan negara – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Golongan belia perlu diberi ruang untuk turut memimpin dan menentukan hala tuju negara pada masa kini, bukan sekadar dilihat sebagai pemimpin masa depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Belia mesti berani menyuarakan pandangan dan memainkan peranan aktif dalam pembangunan negara.
  • Kebebasan bersuara mesti disertai tanggungjawab, penguasaan ilmu dan pemikiran kritis.
  • Jauhi taksub kepada individu, parti atau kaum dan bertindak berpandukan ilmu, kebenaran serta nilai kemanusiaan.
  • Lihat kepelbagaian sebagai kekuatan dan persiapkan diri menghadapi cabaran ekonomi, teknologi serta landskap global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan muda perlu berani menyuarakan pandangan serta memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan negara.

“Anak muda sekarang tentunya dilihat sebagai pimpinan masa depan. Tetapi anak muda sekarang juga harus bersama-sama membantu dan memimpin negara.

“Kamu bukan hanya pemimpin untuk masa depan, tetapi juga pemimpin pada masa kini yang bersama-sama memimpin negara,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Ekonomi Belia 2026, di sini, hari ini.

Datuk Seri Anwar berkata, kebebasan bersuara dan ruang yang diberikan kepada golongan muda perlu disertai tanggungjawab, termasuk keupayaan menguasai ilmu dan berfikir secara kritis.

Katanya, golongan belia juga tidak seharusnya taksub kepada mana-mana individu, parti politik atau kaum, sebaliknya perlu berpaksikan ilmu, kebenaran, keadilan dan nilai kemanusiaan.

Beliau turut mengingatkan golongan muda supaya melihat kepentingan negara dalam kerangka lebih besar dan tidak membiarkan perbezaan kaum serta agama menjadi punca perpecahan.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, kepelbagaian masyarakat Malaysia perlu dilihat sebagai kekuatan dalam usaha mengangkat martabat negara.

Beliau berkata, golongan muda mempunyai peranan penting dalam membentuk masa depan negara, khususnya dalam menghadapi perubahan ekonomi, teknologi dan landskap global yang semakin mencabar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.