Iran laksana hukuman mati lelaki terlibat protes

Foto AFP

TEHRAN, 3 Oktober – Iran melaksanakan hukuman mati terhadap Siavash Jamshidi yang disabitkan atas beberapa pertuduhan, termasuk melepaskan tembakan menggunakan senjata ketenteraan ke arah anggota polis ketika demonstrasi menentang kerajaan awal tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Disabitkan atas pelbagai kesalahan: penipuan, ugutan, kecurian, pemilikan dan pengangkutan senjata ketenteraan haram, penculikan serta kecederaan sengaja.
  • Demonstrasi bermula Disember kerana kos sara hidup, memuncak Januari; pihak berkuasa dakwa campur tangan asing, NGO dakwa pasukan keselamatan menembak penunjuk perasaan.
  • Penahanan dan pelaksanaan hukuman mati meningkat; 1,639 hukuman dilaporkan pada 2025, jumlah tertinggi sejak 1989 menurut organisasi hak.

Menurut badan kehakiman Iran, Jamshidi dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan bersubahat dan berkonspirasi terhadap keselamatan negara.

Laman Mizan Online melaporkan, beliau turut disabitkan atas kesalahan penipuan, ugutan, kecurian, memiliki serta membawa senjata ketenteraan secara haram, selain bersubahat dalam penculikan dan menyebabkan kecederaan fizikal dengan sengaja.

Jamshidi didakwa aktif dalam demonstrasi yang tercetus pada Disember tahun lalu susulan isu kos sara hidup dan memuncak pada awal Januari lalu.

Pihak berkuasa Iran melaporkan lebih 3,000 kematian dalam pergolakan itu dan mendakwa keganasan berkenaan didalangi Amerika Syarikat serta Israel, manakala pertubuhan bukan kerajaan mendakwa pasukan keselamatan Iran melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Sejak itu, penahanan dan pelaksanaan hukuman mati di Iran meningkat, termasuk terhadap individu yang dikaitkan dengan demonstrasi dan perang yang tercetus kemudian.

Menurut Iran Human Rights dan Together Against the Death Penalty, sekurang kurangnya 1,639 hukuman mati dilaksanakan Iran pada 2025, jumlah tertinggi sejak 1989.

Amnesty International menyatakan Iran melaksanakan hukuman mati pada kadar antara yang tertinggi di dunia, selepas China. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.