
KUALA LUMPUR, 7 September – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Lebihan mudah tunai dianggarkan RM40.87 bilion dalam pasaran konvensional dan RM23.64 bilion dalam pasaran wang Islam.
- BNM akan menjalankan tender repo berbalik RM4.5 bilion dan tender repo berbalik Islam RM150 juta untuk tujuh hari.
- BNM menyediakan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli balik, Murabahah Komoditi Bercagar serta tender semalaman sehingga RM45.4 bilion dan RM23.6 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM40.87 bilion dalam pasaran konvensional dan RM23.64 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM4.5 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM150 juta untuk tujuh hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.4 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.6 bilion. -BERNAMA