Siaran FIFA ASEAN Cup 2026 di RTM

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 26 September – Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjalin kerjasama strategik dengan YTL Corporation Berhad, selaku penaja utama siaran FIFA ASEAN Cup 2026, bagi membawakan aksi kejohanan berprestij itu secara langsung kepada rakyat Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • RTM akan menyiarkan lima perlawanan terpilih, termasuk tiga aksi Kumpulan A yang melibatkan pasukan Malaysia.
  • Perlawanan penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir turut disiarkan oleh RTM.
  • Kerjasama sejajar dengan peranan RTM sebagai penyiar utama menyediakan kandungan bermutu dan relevan untuk semua lapisan masyarakat.

Sebagai Penyiar Rasmi, RTM akan menyiarkan lima perlawanan terpilih kejohanan berkenaan, termasuk tiga aksi peringkat Kumpulan A yang membabitkan pasukan Malaysia, selain perlawanan penentuan tempat ketiga dan final.

Siaran langsung berkenaan boleh disaksikan menerusi Saluran Sukan RTM bermula 25 September ini.

Sokongan YTL sebagai penaja utama mencerminkan komitmen sektor korporat dalam menyokong pembangunan dan penyiaran sukan, sekali gus memperluas akses rakyat kepada kandungan sukan berkualiti.

Kerjasama itu turut sejajar dengan peranan RTM sebagai penyiar utama negara yang sentiasa berusaha menyediakan kandungan bermutu dan relevan untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat.

 

 

 

 

 

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.