Aifa, Ainaa Amani mara ke pusingan kedua Skuasy Terbuka China 2026

Pemain skuasy wanita negara Aifa Azman (kanan) dan Noor Ainaa Amani Ampandi (kiri)

KUALA LUMPUR, 17 November – Pemain skuasy wanita negara Aifa Azman dan Noor Ainaa Amani Ampandi membuka kempen Terbuka China 2026 dengan langkah kanan selepas mara ke pusingan kedua di Shanghai Diamond Squash Center di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aifa menewaskan Alina Bushma 3-0 dengan keputusan 11-9, 11-7, 11-9.
  • Aifa akan berdepan pemain pilihan keempat Mesir Salma Hany pada pusingan kedua.
  • Noor Ainaa Amani bangkit dari ketinggalan dua set untuk menewaskan Kenzy Ayman 3-2, set terakhir 11-1.
  • S. Sivasangari mendapat bye pusingan pertama dan akan berdepan Malak Khafagy atau Haya Ali.

Aifa menampilkan aksi meyakinkan dalam saingan perseorangan wanita apabila menewaskan wakil Ukraine Alina Bushma 11-9, 11-7, 11-9 untuk mencatat kemenangan 3-0 dalam perlawanan pusingan pertama.

Beliau bagaimanapun bakal berdepan cabaran lebih getir pada pusingan kedua esok apabila dijadualkan menentang pemain pilihan keempat dari Mesir Salma Hany.

Dalam pada itu, Ainaa Amani bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menundukkan pemain Mesir Kenzy Ayman 8-11, 10-12, 11-8, 12-10, 11-1, sekali gus mencatat kemenangan 3-2 dalam aksi lima set.

Ainaa Amani dijadualkan berdepan pemain pilihan kedua dari Jepun Satomi Watanabe pada pusingan kedua.

Sementara itu, jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari yang juga pilihan utama kejohanan, mendapat bye pada pusingan pertama dan dijadualkan berdepan sama ada wakil Mesir Malak Khafagy atau Haya Ali pada pusingan kedua. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.