Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah mara mudah ke pusingan kedua

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah/Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 November – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2026 dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua di Hong Kong hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gandingan pilihan kedua menewaskan pasangan China Fan Shu Tian-Luo dan Xu Min 21-13, 21-16.
  • Kemenangan dicapai dalam dua set terus pada pusingan pertama di Kai Tak Arena.
  • Mereka hadapi tentangan awal namun pengalaman dan ketenangan membolehkan mereka menguasai permainan.
  • Akan bertemu pemenang pertembungan dua beregu tuan rumah Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan atau Yeung Nga Ting-Yeung Lui Lam.

Gandingan pilihan kedua kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pasangan China, Fan Shu Tian-Luo Xu Min menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-16 pada aksi pusingan pertama di Kai Tak Arena.

Bagaimanapun, Pearly-Thinaah berdepan tentangan pada awal set pertama apabila pasangan lawan cuba mengimbangi rentak permainan.

Namun, pengalaman dan ketenangan beregu negara itu membolehkan mereka menguasai permainan sebelum menutup set pertama 21-13.

Memasuki set kedua, Fan Shu Tian-Luo Xu Min sekali lagi memberi tentangan apabila mengikat kedudukan 7-7.

Bagaimanapun, gandingan negara terus memperkemas permainan untuk kembali mengawal aksi sebelum mengesahkan kemenangan 21-16.

Kemenangan itu membuka laluan buat Pearly-Thinaah ke pusingan kedua, dengan mereka bakal menentang pemenang pertembungan dua beregu tuan rumah, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan dan Yeung Nga Ting-Yeung Lui Lam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.