Kanak-kanak enam tahun antara korban serangan Israel di Gaza

Iyas al-Namnam, 6, yang terkorban dalam serangan Israel di Gazapada Selasa/ Twitter @QudsNen

GAZA, 18 November- Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terbunuh dalam beberapa siri keganasan tentera Israel di seluruh Gaza pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap Pertahanan Awam Gaza Mahmoud Bassal berkata beberapa individu terbunuh dan ramai cedera akibat tembakan tentera Israel.
  • Hospital Nasser di selatan Gaza mengesahkan kematian dan mengenal pasti kanak-kanak itu sebagai Iyas al-Namnam.
  • Serangan dron berhampiran kem Jabalia di utara Gaza membunuh dua individu dalam kejadian berasingan.
  • Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan lebih 1,600 warga Palestin maut sejak gencatan senjata berkuat kuasa Oktober 2025.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal berkata dua individu termasuk seorang lelaki berusia 21 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia akibat ditembak tentera Israel di Deir al-Balah.

Hospital Nasser di selatan Gaza mengesahkan kedua-dua kematian itu dan mengenal pasti kanak-kanak berkenaan sebagai Iyas al-Namnam.

Dalam kejadian berasingan, dua individu terbunuh dalam serangan dron Israel berhampiran kem Jabalia di utara Gaza.

Bassal berkata seorang lagi lelaki terbunuh dalam serangan udara, manakala seorang lagi maut akibat tembakan tentera Israel di selatan Gaza.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 1,600 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober 2025. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.