Malaysia sasar pelaburan Perancis dalam pemprosesan REE

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 November – Malaysia berhasrat menarik lebih banyak pelaburan dari Perancis, khususnya dalam sektor strategik termasuk pemprosesan unsur nadir bumi (REE).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama dalam pemprosesan REE perlu berlandaskan kepercayaan.
  • Malaysia komited memastikan pemprosesan REE selamat dan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar.
  • Penekanan pada pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran, dan latihan untuk manfaat bersama.
  • Anwar yakin pelaburan Perancis akan berkembang ke sektor aeroangkasa, pertahanan dan semikonduktor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama dalam sektor mineral kritikal itu perlu berlandaskan kepercayaan.

Beliau turut menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan pemprosesan REE dilaksanakan secara selamat dan tidak menjejaskan kelestarian alam sekitar.

Pada masa sama, Malaysia turut memberi penekanan terhadap aspek pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran serta latihan bagi memastikan kerjasama berkenaan memberikan manfaat bersama.

“Kita telah melaksanakan satu pendekatan yang juga unik dalam sektor mineral kritikal. Malaysia tidak mengeksport bahan mentah, namun bagi kerjasama dengan Perancis, kita telah mengambil pendekatan tersebut kerana komitmen Perancis terhadap aktiviti pemprosesan serta kesediaan untuk bekerjasama dengan rakyat Malaysia sebagai satu pasukan.

“Perkara ini penting. Negara-negara yang telah lama berdikari perlu menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama melalui pemindahan teknologi, peningkatan kemahiran dan latihan, supaya kedua-dua pihak dapat memperoleh manfaat serta saling membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Bersama Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Perancis, di sini.

Datuk Seri Anwar turut menyuarakan keyakinan bahawa pelaburan Perancis di Malaysia akan terus diperluas meliputi sektor aeroangkasa, pertahanan dan semikonduktor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.