Cukai pusat jagaan warga emas turun kepada enam peratus

Foto janaan AI

KUALA LUMPUR, 17 November – Kadar cukai perkhidmatan bagi pusat jagaan warga emas berdaftar dikurangkan daripada lapan kepada enam peratus berkuat kuasa 1 Januari 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memberi pengecualian penuh cukai perkhidmatan bagi yuran penjagaan sehingga RM96,000 setahun, tertakluk kepada skop dan syarat ditetapkan.
  • Langkah ini meringankan beban kewangan keluarga dan meningkatkan kemampuan memperoleh perkhidmatan jagaan yang sesuai.
  • KPWKM mengadakan libat urus bagi mengemukakan syor semakan SST ke Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam, serta bincang sokongan kepada PSK.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan turut memberikan pengecualian penuh cukai perkhidmatan bagi yuran penjagaan sehingga RM96,000 setahun, tertakluk kepada skop dan syarat yang ditetapkan.

Langkah itu bertujuan meringankan beban kewangan keluarga yang menanggung kos penjagaan warga emas.

“Melalui pengecualian cukai ini, keluarga yang membayar yuran penjagaan sehingga RM8,000 sebulan tidak perlu menanggung cukai perkhidmatan, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

“Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos penjagaan, malah berpotensi meningkatkan kemampuan keluarga mendapatkan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan ibu bapa mereka,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun, mengenai perkembangan kajian SST terhadap pusat jagaan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU), selain bentuk sokongan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang tidak berasaskan keuntungan.

Tambahnya, KPWKM turut mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi mengemukakan syor penambahbaikan berhubung kajian semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas pusat jagaan warga emas berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.