PM salur sumbangan kepada keluarga anggota polis maut

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim

TAPAH, 17 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan sumbangan kepada keluarga Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van polis di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tapah, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sumbangan diserahkan kepada isteri Nor Ilyanie oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
  • Muhammad Kamil menyampaikan ucapan takziah dan akan melawat Hospital Slim River; empat anggota di zon merah, seorang lagi di Hospital Tapah.
  • Jenazah disolatkan di Surau Al-Ehsaniah Kompleks Perumahan PDRM Tapah, kemudian dikebumikan di Kampung Tujoh, Tumpat, Kelantan.

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada isteri Allahyarham, Nor Ilyanie Abd Aziz, 26, oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Muhammad Kamil turut menyampaikan ucapan takziah daripada Perdana Menteri kepada keluarga Allahyarham.

“Saya akan terus ke Hospital Slim River. Saya dimaklumkan empat anggota berada di zon merah dan saya akan bertemu dengan ahli keluarga mereka yang terlibat serta menyampaikan sumbangan bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya difahamkan seorang lagi berada di Hospital Tapah,” katanya.

Allahyarham dan Nor Ilyanie dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Akif Irsyad Muhammad Shahrul Alif, yang kini berusia enam bulan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disolatkan di Surau Al-Ehsaniah, Kompleks Perumahan PDRM Tapah, pada pukul 6.10 petang.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke Kampung Tujoh, Tumpat, Kelantan untuk dikebumikan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.