Peringkat 1 LTdL milik Matteo Malucelli

Foto BERNAMA

KAMPAR, 27 September – Pelumba XDS Astana Team, Matteo Malucelli mengungguli Peringkat 1 Kejohanan Berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 selepas menamatkan perlumbaan sejauh 193 kilometer dari Shah Alam ke Kampar, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Matteo Malucelli mencatat masa keseluruhan 4 jam 6 minit 43 saat dan mengetuai jersi jingga sebagai pendahulu keseluruhan.
  • Malucelli juga mengungguli saingan jersi biru Raja Pecut dengan mengumpul 15 mata.
  • Riley Pickrell catat masa 4:06:47 di tempat kedua, Fernando Gaviria ketiga dengan catatan sama 4:06:47.
  • Caja Rural-Seguros RGA, Team Picnic POSTNL dan TotalEnergies berkongsi kedudukan teratas berpasukan dengan catatan keseluruhan 12:20:39.

Pelumba Itali itu mencatat masa keseluruhan 4 jam 6 minit 43 saat untuk mengetuai kedudukan jersi jingga selaku pendahulu keseluruhan.

Malucelli turut mengungguli saingan jersi biru selaku Raja Pecut dengan mengumpul 15 mata.

Pelumba Riley Pickrell dari Modern Adventure Pro Cycling di tempat kedua dengan catatan 4:06:47 saat, manakala Fernando Gaviria Rendon dari Caja Rural-Seguros RGA melengkapkan kelompok tiga terbaik peringkat dengan catatan 4:06:47 saat.

Dalam perebutan jersi jingga, Malucelli diikuti Javier Ibanez Beltran de Salazar dari Caja Rural-Seguros RGA yang ketinggalan tiga saat, manakala Pickrell di tempat ketiga dengan perbezaan empat saat.

Bagi saingan Raja Bukit, pelumba Wheeltop Rotor Chengdu Team, Petr Rikunov mengungguli jersi polka dot selepas mengumpul empat mata.

Pelumba Terengganu Cycling Team, Kee Zhe Yie mengumpul dua mata untuk berada di tempat kedua, manakala wakil Malaysia Pro Cycling, Muhammad Syawal Mazlin di tempat ketiga dengan satu mata.

Sementara itu, pelumba Terengganu Cycling Team, Muhammad Nur Aiman Rosli muncul pelumba Asia terbaik untuk menyarung jersi putih selepas mencatat masa 4:06:49 saat.

Hijiri Oda dari Aisan Racing Team di tempat kedua dengan catatan 4:06:53 saat, manakala pelumba Malaysia Pro Cycling, Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil turut mencatat masa sama untuk menduduki tempat ketiga.

Dalam saingan berpasukan, Caja Rural-Seguros RGA, Team Picnic POSTNL dan TotalEnergies berkongsi kedudukan teratas dengan catatan keseluruhan 12:20:39 saat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.