Belanjawan 2027: Belia NEET antara fokus utama KBS

Foto RTM

PUTRAJAYA, 27 September – Golongan belia NEET atau tidak bekerja, tidak melanjutkan pelajaran dan tidak mengikuti latihan kemahiran menjadi antara fokus utama Kementerian Belia dan Sukan dalam Belanjawan 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memberi perhatian kepada belia di kawasan luar bandar untuk tingkatkan akses dan peluang.
  • Memperkasakan sukan di peringkat akar umbi untuk mencungkil bakat baharu dan melahirkan pelapis negara.
  • Mengadakan tujuh siri Jelajah Belanjawan Belia MADANI di enam zon untuk mengumpul pandangan dan aspirasi belia serta komuniti sukan.

Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata selain itu,turut memberi perhatian kepada golongan belia di luar bandar selain memperluas pencarian bakat baharu dalam bidang sukan.

“Fokus keutamaan Kementerian Belia dan Sukan di peringkat belia, kita ingin fokus kepada program-program belia, khususnya belia NEET, Not in Education, Employment and Training. Belia NEET itu sangat-sangat penting, khususnya belia di kawasan luar bandar. Itu keutamaan kita.

“Dan kemudian untuk sukan juga, kita ingin memperkasakan sukan di peringkat akar umbi untuk mencungkil lebih banyak lagi bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi supaya kita dapat melahirkan lebih ramai lagi pelapis untuk mewakili negara kita”, katanya selepas menghadiri Kejohanan Bola Sepak Belia Bawah 16 Tahun Piala Safee Sali di Putrajaya, hari ini.

KBS sebelum ini mengadakan tujuh siri Jelajah Belanjawan Belia MADANI melibatkan enam zon di seluruh negara bagi mendapatkan pandangan dan aspirasi golongan belia serta komuniti sukan.

Jelas beliau, pandangan yang dikumpulkan akan dijadikan input bagi memastikan Belanjawan 2027 memberi impak lebih besar kepada pembangunan belia dan sukan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.