PRN Melaka: Prinsip keadilan perlu jadi teras perjuangan PKR

Datuk Seri Dr Wan Azizah / Foto Fail BERNAMA

BANDARAYA MELAKA, 27 September – Prinsip keadilan perlu terus menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perjuangan parti bukan semata-mata meraih kuasa, sebaliknya memastikan setiap rakyat mendapat keadilan sewajarnya.
  • Jentera parti tidak boleh anggap kemenangan pasti; terus bekerja untuk mendapatkan keyakinan dan sokongan pengundi.
  • Wanita PKR Melaka digesa lebih aktif di peringkat akar umbi, mendekati pengundi dan memperkukuh gerak kerja parti.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjuangan parti bukan semata-mata untuk meraih kuasa, sebaliknya memastikan setiap rakyat mendapat keadilan sewajarnya.

“Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, dalam apa juga keadaan, insya-Allah kita pegang pada prinsip itu, keadilan untuk semua,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Apresiasi Wanita Keadilan Melaka dan pelancaran jentera Wanita PKR, di sini.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah turut mengingatkan anggota parti supaya tidak menganggap kemenangan dalam pilihan raya sebagai sesuatu yang pasti.

Sebaliknya, jentera parti perlu terus bekerja bagi mendapatkan keyakinan dan sokongan pengundi menjelang PRN Melaka.

Menurutnya, pengalaman panjang PKR juga menunjukkan perubahan tidak berlaku dengan mudah dan memerlukan usaha serta kesungguhan yang berterusan.

Beliau turut menyeru Wanita PKR Melaka memainkan peranan lebih aktif di peringkat akar umbi, khususnya dalam mendekati pengundi dan memperkukuh gerak kerja parti.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.