Jenazah Ketua Pemuda UMNO Maran, tiga ahli keluarga selamat dikebumi

Allahyarham Mohd Radzi, isteri, anak dan adik ipar dikebumikan dalam satu liang lahad

TEMERLOH, 4 Ogos – Jenazah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi bersama tiga lagi ahli keluarga selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Sri Chedung, Maran, Pahang kira-kira pukul 3 pagi, Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bedah siasat dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada pukul 8 malam.
  • Jenazah dimandi, dikafankan di Masjid Kampung Paya Luas dan disolat di Masjid Asy Syakirin.
  • Mohd Radzi, isteri Nuriani, anak Muhammad Rizz Hazim dan adik ipar Mohammad Nizam maut selepas kenderaan dihempap pokok.
  • Seorang lagi anak, Muhammad Rizz Haziq, mengalami kecederaan parah dan dirawat di HoSHAS.

Terdahulu, kesemua jenazah dibedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh pada pukul 8 malam sebelum dimandi dan dikafankan di Masjid Kampung Paya Luas, di sini.

Jenazah kemudian disolatkan di Masjid Asy Syakirin, Maran.

Allahyarham Mohd Radzi, 40, bersama isteri Nuriani Mohammad Jafri, 36, anak Muhammad Rizz Hazim, lima tahun serta adik ipar Mohammad Nizam Mohammad Jafri, 35, terkorban selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Janda Baik-Bentong kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin.

Seorang lagi anak pasangan itu, Muhammad Rizz Haziq mengalami kecederaan parah pada kepala dan sedang menerima rawatan di HoSHAS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.