Lelaki maut dalam kebakaran dua rumah di Gong Tok Nasek

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos – Seorang lelaki ditemukan maut dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kampung Gong Tok Nasek, di sini pada malam Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berusia lingkungan 30-an dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri ketika api marak.
  • Kedua-dua ibu bapa mangsa terselamat.
  • 12 anggota BBP dibantu Pasukan Bomba Sukarela bergegas; tiba lima minit selepas panggilan kecemasan pada 10.52 malam.
  • Mangsa ditemukan di tingkat bawah pada lantai yang turut terbakar; kebakaran menyebabkan kemusnahan hampir 80 peratus.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri ketika api marak, namun kedua-dua ibu bapanya terselamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, TPgB II Thoyyibah Taib memaklumkan, 12 anggota dibantu anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.52 malam dan tiba 5 minit kemudian.

Operasi turut dibantu oleh BBP Jalan Kota.

“Api dapat dikawal ketika itu dan kita cuba untuk mencari mangsa. Mangsa ditemukan di tingkat bawah di lantai yang turut terbakar,” katanya ketika ditemui RTM di lokasi kejadian.

Kebakaran menyebabkan kemusnahan hampir 80 peratus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.