Kebakaran hutan di Spokane musnahkan 700 bangunan, puluhan ribu dipindahkan

Kebkaran hutan yang melanda kawasan pinggir Spokane memusnahkan ratusan struktur dan memaksa pemindahan besar-besaran penduduk/ REUTERS

WASHINGTON, 5 Ogos – Sisa bangunan yang terbakar dapat dilihat di kawasan kejiranan di Spokane, di sini pada Selasa. Keadaan itu menggambarkan kemusnahan besar akibat kebakaran hutan yang memusnahkan ratusan struktur dan memaksa pemindahan besar-besaran penduduk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gabungan tiga kebakaran besar menjadi keutamaan tertinggi operasi pemadaman di seluruh AS, termasuk wilayah Barat Laut Pasifik.
  • Kebakaran memusnahkan lebih 8,000 ekar (kira-kira 3,200 hektar) sejak tercetus pada Sabtu di bahagian utara bandar.
  • Puluhan kebakaran hutan dilaporkan berulang minggu ini, menjejaskan kualiti udara di kawasan yang luas.
  • Pesawat pengebom air menjatuhkan bahan kalis api sementara pihak berkuasa terus menjalankan pemadaman dan menilai kerosakan.

Kebakaran hutan yang melanda kawasan pinggir Spokane untuk hari ketiga berturut-turut telah memusnahkan sekurang-kurangnya 700 bangunan serta menyebabkan puluhan ribu penduduk menyelamatkan diri dari kediaman masing-masing di bandar berkenaan dan kawasan sekitarnya.

Menurut pihak berkuasa, gabungan tiga kebakaran besar itu menjadi antara keutamaan tertinggi operasi pemadaman di seluruh Amerika Syarikat (AS), termasuk di wilayah Barat Laut Pasifik yang dilanda kemarau.

Puluhan kebakaran hutan besar dilaporkan berlaku selama beberapa minggu di kawasan berkenaan, sekali gus menjejaskan kualiti udara di kawasan yang luas.

Kebakaran di sekitar Spokane telah memusnahkan lebih 8,000 ekar (kira-kira 3,200 hektar) kawasan sejak tercetus pada Sabtu di bahagian utara bandar itu.

Spokane, yang terletak berhampiran sempadan Idaho di sebelah barat kaki Pergunungan Rocky, mempunyai kira-kira 230,000 penduduk.

Rakaman video dari kawasan kebakaran menunjukkan kepulan asap tebal memanjang merentasi kawasan hutan, manakala pesawat pengebom air dilihat menjatuhkan bahan kalis api ke kawasan yang terbakar.

Kepulan asap besar turut memenuhi ruang udara di utara bandar itu ketika api marak memusnahkan kawasan hutan hanya kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Spokane.

Pihak berkuasa terus menjalankan operasi pemadaman dan menilai tahap kerosakan akibat kebakaran yang masih aktif itu.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.