Rundingan Israel-Lubnan bermula di Rom dengan sokongan AS

Foto fail serangan rejim Zionis ke atas Lubnan/ REUTERS

LONDON, 5 Ogos – Pusingan terbaharu rundingan antara Israel dan Lubnan dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) bermula di Rom, Itali pada Selasa dan dijadualkan berlangsung sehingga Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan teknikal Lubnan dan Israel berbincang melaksanakan Rangka Kerja Tiga Pihak termasuk zon perintis dan pelucutan senjata Hizbullah.
  • Fokus pada pengunduran semula tentera Israel dari selatan Lubnan dan asas untuk perjanjian keamanan menyeluruh.
  • Amerika Syarikat komited menyokong Lubnan dan Israel bagi mencapai keselamatan berkekalan.
  • Rundingan susulan pertemuan pemimpin kanan; kejayaan awal zon perintis dijadikan asas usaha diplomatik mengurangkan ketegangan dan memastikan kestabilan sempadan.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Tommy Pigott menerusi hantaran X memaklumkan, perbincangan itu melibatkan pasukan teknikal dari Lubnan dan Israel bagi memperkukuh pelaksanaan penuh Rangka Kerja Tiga Pihak termasuk proses zon perintis, pelucutan senjata Hizbullah serta ancaman keselamatan lain yang disokong Iran.

“Rundingan berkenaan turut memberi tumpuan kepada pengunduran semula tentera rejim Zionis Israel dari selatan Lubnan serta usaha mewujudkan asas ke arah perjanjian keamanan dan keselamatan menyeluruh.

“Amerika Syarikat kekal komited sepenuhnya untuk menyokong Lubnan dan Israel ketika mereka meneruskan proses ini dengan cara yang mampu memberikan keselamatan berkekalan kepada kedua-dua pihak,” menurut hantaran itu.

Rundingan terbaharu itu dibuat berdasarkan perkembangan susulan pertemuan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan Presiden Lubnan, Joseph Aoun dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Beliau turut menyatakan kejayaan pelaksanaan awal zon perintis di selatan Lubnan menjadi antara asas kepada perbincangan semasa.

Rundingan itu merupakan sebahagian daripada usaha diplomatik untuk mengurangkan ketegangan antara Israel dan Lubnan, selain memastikan kestabilan keselamatan di kedua-dua kawasan sempadan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.