Perbezaan pendirian tidak jejas pentadbiran

Foto RTM

ISTANBUL, 8 November – Hubungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kekal utuh meski terdapat perbezaan pendirian berhubung isu pengampunan bersyarat dan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbezaan pendirian tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan.
  • Isu ditangani secara matang dengan mempertimbangkan pendekatan politik berbeza antara peringkat Persekutuan dan negeri.
  • Hubungan BN dan PH kekal rapi; kementerian diurus profesional dan mesyuarat Jemaah Menteri diadakan setiap minggu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan.

Menurutnya, isu itu ditangani secara matang dengan mengambil kira pendekatan politik yang berbeza antara parti di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Tiada masalah dalam hubungan kami. Tidak pernah berlaku perbezaan pendapat, apatah lagi pertelingkahan, sepanjang lebih empat tahun ini.

“Kami menguruskan kementerian masing-masing dan mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri setiap minggu. Urusan kerajaan dilaksanakan secara profesional,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang bersempena dengan lawatan kerja empat hari ke Turkiye yang berakhir hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.