JBPM pantau lima lokasi berisiko banjir di Shah Alam

Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR, 8 November – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memantau LIMA lokasi berisiko banjir di sekitar Shah Alam

RINGKASAN BERITA AI
  • Paras air meningkat di Seksyen 25 Sri Muda, Kampung Baru Hicom dan Seksyen 26.
  • Pemantauan juga dijalankan di Jalan Kebun Seksyen 13 dan Jalan Kebun Bunga Seksyen 22.
  • Keadaan masih terkawal dan tiada arahan pemindahan. Anggota bomba bersiap siaga di lokasi panas.

Ia susulan peningkatan paras air di beberapa kawasan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, paras air dilapor meningkat di Seksyen 25 Sri Muda, Kampung Baru Hicom dan Seksyen 26.

“Bagaimanapun, keadaan ketika in masih terkawal dan tiada arahan pemindahan dikeluarkan.

“Pemantauan turut dilakukan di kawasan berisiko lain membabitkan Jalan Kebun, Seksyen 13 Shah Alam dan Jalan Kebun Bunga di Seksyen 22,” katanya.

Tambahnya, Anggota bomba kini berada dalam keadaan siap siaga di lokasi panas bagi memantau perkembangan paras air serta mengambil tindakan segera sekiranya perlu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.