Pewartaan semua kawasan lapang di Wilayah Persekutuan dipercepat

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kerajaan akan mempercepat proses pewartaan semua kawasan lapang di Wilayah Persekutuan bagi memastikan kawasan hijau berkenaan terus dilindungi daripada sebarang pembangunan pada masa hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sembilan lagi tapak akan diwartakan, menjadikan keluasan keseluruhan hampir 655 padang bola sepak.
  • Lebih 200 kawasan kini dalam senarai untuk diwartakan, DBKL turut mengenal pasti kawasan tambahan belum dimasukkan.
  • Pewartaan bertujuan melindungi kawasan lapang daripada sebarang pembangunan pada masa depan.
  • Usaha ini menjadi keutamaan untuk memastikan kawasan hijau dipelihara demi manfaat generasi akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, sembilan lagi tapak akan diwartakan, menjadikan keluasan keseluruhan kawasan lapang yang diwartakan setakat ini bersamaan hampir 655 padang bola sepak di Kuala Lumpur.

“Lebih 200 kawasan lagi kini berada dalam senarai untuk diwartakan, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mengenal pasti lebih banyak kawasan lapang yang masih belum dimasukkan ke dalam senarai.

Pewartaan ini bagi melindungi semua kawasan lapang sebelum ada pihak cuba membangunkan ruang hijau berkenaan,” katanya ketika mengadakan sidang media pewartaan kawasan lapang baharu di Waterfront, Desa Park City.

“Usaha berkenaan merupakan antara keutamaan dalam memastikan semua kawasan hijau terus dipelihara dan dilindungi demi manfaat generasi akan datang,” tambah Hannah.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud dan Ketua Pengarah Tanah dan Galian WP Kuala Lumpur, Datin Paduka Rahilah Rahmat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.