Kerajaan muktamadkan RUU Sewaan Kediaman, wujudkan hubungan seimbang penyewa-pemilik rumah

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Kerajaan sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Sewaan Kediaman yang dijangka dibentangkan tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • RUU memperkukuh perlindungan penyewa dan mewujudkan pasaran sewaan adil serta hubungan seimbang antara penyewa dan pemilik.
  • Perkenalkan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih cepat, mudah dan kos rendah.
  • Perluasan akses pembiayaan perumahan untuk bantu rakyat beralih daripada penyewaan ke pemilikan rumah sendiri.
  • Sehingga 30 April 2026, RM27.4 bilion jaminan diluluskan melibatkan 113,222 permohonan; SJKP kini siling RM40 bilion.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata RUU itu bertujuan memperkukuh perlindungan kepada penyewa serta mewujudkan pasaran sewaan yang lebih adil dan seimbang.

“Selain hubungan lebih seimbang antara penyewa dan pemilik rumah, kita turut bercadang memperkenalkan mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih cepat, mudah dan kos rendah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian memperluas akses kepada pembiayaan perumahan bagi membantu rakyat beralih daripada penyewaan kepada pemilikan rumah sendiri.

“Sehingga 30 April 2026, sejumlah RM27.4 bilion jaminan pembiayaan telah diluluskan melibatkan 113,222 permohonan, dengan 51 peratus penerima berusia 30 tahun ke bawah.

“Kerajaan juga menambah siling jaminan sebanyak RM10 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan jaminan di bawah SJKP kini RM40 bilion,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Wong You Fong berhubung usaha kementerian menangani isu kadar sewa rumah dan bilik yang tinggi di Dewan Negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.