Dua pelancong Sri Lanka cedera dalam insiden runtuhan di Lebuh Armenian

Foto JBPM Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 4 Ogos – Dua warganegara asing cedera selepas terlibat dalam insiden runtuhan batu dan kayu di sebuah bangunan di Lebuh Armenian tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan diterima pada pukul 1.11 tengah hari, menurut JBPM Pulau Pinang.
  • Sembilan petugas Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai tiba enam minit kemudian.
  • Runtuhan batu dan kayu dari rasuk tingkat satu melibatkan dua mangsa warga Sri Lanka.
  • Mangsa diberi rawatan awal di lokasi, kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang; dijadual pulang esok.

Penolong Pengarah Bahagian Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 1.11 tengah hari, sebelum 9 petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai tiba enam minit kemudian.

Beliau berkata, terdapat runtuhan batu dan kayu dari bahagian rasuk (beam) bangunan di tingkat satu dan melibatkan dua mangsa warganegara Sri Lanka.

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dilokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua mangsa merupakan pelancong yang dijadual pulang ke Sri Lanka, esok.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.