Isu teknikal punca FFR LRT3 belum dilaksanakan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke/BERNAMA

PETALING JAYA, 7 Januari – Tarikh pelaksanaan Ujian Tanpa Gagal (FFR) bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) masih belum ditetapkan kerana terdapat beberapa isu teknikal yang masih belum diselesaikan oleh kontraktor, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tarikh pelaksanaan Ujian Tanpa Gagal (FFR) bagi LRT3 belum ditetapkan.
  • Beberapa isu teknikal oleh kontraktor masih belum diselesaikan.
  • Mesyuarat minggu hadapan antara Prasarana dan kontraktor utama akan diadakan.
  • Keselamatan diteruskan sebagai keutamaan; semua tren mesti lulus FFR.
  • LRT3 diharapkan tingkatkan kapasiti dan sambungan first mile last mile.

Menurut beliau, satu mesyuarat akan diadakan minggu hadapan melibatkan Prasarana dan kontraktor utama bagi membincangkan penyelesaian isu berkenaan serta menentukan tarikh pelaksanaan Ujian Tanpa Gagal (FFR).

“Sehingga hari ini, tiada tarikh tetap ditetapkan kerana beberapa isu masih dalam proses penyelesaian,” katanya dalam sidang media selepas sesi pembentangan laporan prestasi 2025 dan pelan 2026 di Menara Prasarana hari ini.

Anthony menegaskan bahawa keselamatan akan terus menjadi keutamaan dan semua tren perlu melepasi pelaksanaan Ujian Tanpa Gagal (FFR) sebelum mendapat kelulusan untuk operasi sepenuhnya.

Projek LRT3, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang, sebelum ini dijangka meningkatkan kapasiti pengangkutan dan memudahkan sambungan laluan “first mile & last mile” bagi penumpang di kawasan terlibat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.