
JERANTUT, 15 Januari -Pelaksanaan inisiatif Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Wilayah Persekutuan 2025 di Kampung Jerantut Feri telah siap sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan.
- Inisiatif memasuki tahun kedua pelaksanaan dengan fokus pembangunan komuniti dan pemerkasaan sosial.
- Enam projek fizikal dan enam bukan fizikal dilaksanakan dengan peruntukan RM1 juta, memberi manfaat terus kepada penduduk.
- Kejayaan dicapai melalui kerjasama erat antara agensi, PBT, JKR dan sokongan aktif komuniti setempat.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, inisiatif itu kini memasuki tahun kedua pelaksanaannya selepas diperkenalkan pada 2024.
Projek yang dilaksanakan merangkumi pembinaan laluan baharu, menaik taraf dewan, taman permainan dan gelanggang futsal, selain memberi penekanan kepada pembangunan komuniti serta pemerkasaan sosial.
Kejayaan pelaksanaan projek berkenaan adalah hasil kerjasama antara agensi pelaksana seperti Pejabat Daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), pemantauan di peringkat negeri dan ibu pejabat, serta sokongan komuniti setempat.
Program yang bermula pada September tahun lalu itu melibatkan enam projek fizikal dan enam projek bukan fizikal dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1 juta, sekali gus memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat.
“Kejayaan satu-satu program atau Program Kampung Angkat MADANI ini saya nampak adalah disebabkan oleh kerjasama yang sangat erat dan kerjasama komitmen sangat tinggi yang diberikan kepada semua, daripada semua pihak. Yang kita berjaya menyelesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan mencapai impak disebabkan oleh kerjasama semua.
“Daripada atas sampai kepada akar umbi. Komuniti memberi sangat-sangat kerjasama. Contohnya apabila program-program yang kita buat yang bukan berbentuk fizikal,” katanya kepada media dalam Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Penduduk (JPKK) Jerantut Feri yang mewakili komuniti di kawasan tersebut.
Daripada atas sampai kepada akar umbi. Komuniti memberi sangat-sangat kerjasama. Contohnya apabila program-program yang kita buat yang bukan berbentuk fizikal,” katanya kepada media dalam Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan kepada bagi mewakili komuniti di kawasan tersebut.
Penyerahan itu bagi membolehkan aspek penyelenggaraan dan pengurusan fasiliti dapat dijalankan agar terus dimanfaatkan secara mampan oleh penduduk setempat.