MENTARI bantu 76 peratus pesakit psikiatri kembali bekerja

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 6 Oktober -Sebanyak 76 peratus pesakit psikiatri yang menjalani rawatan bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya dipulihkan dan kembali bekerja setakat Jun lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program MENTARI menyediakan sokongan pemulihan dan psikososial untuk membantu pesakit psikiatri kembali bekerja serta hidup berdikari.
  • Terdapat 39 pusat MENTARI di seluruh negara bagi menyampaikan sokongan dan program pekerjaan.
  • KKM terbuka kepada penyelidikan klinikal ekstrak kanabis berasaskan bukti saintifik tetapi menolak nyahjenayah penggunaan secara menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hasil positif itu berjaya dicapai menerusi program sokongan pekerjaan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).

“Rawatan bukan sekadar mengurangkan gejala penyakit, tetapi turut membantu pesakit menjalani kehidupan harian dan kembali bekerja. Melalui pusat kesihatan mental masyarakat MENTARI, pesakit diberikan pelbagai bentuk sokongan, termasuk pemulihan, sokongan psikososial serta bantuan untuk kembali bekerja dan hidup berdikari.Ketika ini, terdapat 39 pusat MENTARI di seluruh negara,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan, di Dewan Rakyat.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Adnan berhubung potensi penggunaan ekstrak kanabis untuk rawatan kesihatan mental, Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata KKM terbuka kepada penyelidikan klinikal perubatan sekiranya ia bersandarkan bukti saintifik.

Beliau berkata bagaimanapun, KKM menolak sekeras-kerasnya pendekatan nyahjenayah penggunaan bahan tersebut secara menyeluruh, mengambil iktibar daripada krisis kesihatan awam yang berlaku di Thailand sebelum ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.