Zetrix AI kemuka cadangan selesai tunggakan bayaran

Zetrix AI kesal di atas kesulitan pelanggan dan orang awam berikutan penggantungan sementara perkhidmatan JPJ

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Zetrix AI Bhd telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menyelesaikan tunggakan bayaran kutipan hasil kepada kerajaan berjumlah RM314 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keutamaan Zetrix ialah menyelesaikan obligasi dan memulihkan perkhidmatan terjejas, tertakluk kepada kelulusan berkaitan.
  • JPJ menggantung sementara perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI sebagai ejen pemungut hasil susulan kegagalan memindahkan kutipan.
  • Zetrix kesal atas kesulitan pelanggan, menegaskan komitmen sejak 2000 dan memproses transaksi sebelum tarikh penggantungan.

Kenyataan syarikat berkata keutamaan segera kumpulan itu adalah untuk menyelesaikan obligasi berkenaan serta memulihkan perkhidmatan yang terjejas, tertakluk kepada kelulusan berkaitan.

Pada 2 Oktober lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan penggantungan sementara perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI sebagai ejen pemungut hasil berkuat kuasa 5 Oktober 2026, seperti

Kedua-duanya yang beroperasi di bawah Kumpulan MYEG digantung akibat gagal memindahkan RM314 juta kutipan hasil kepada kerajaan dari 19 Mei hingga 30 September.

Sementara itu, Zetrix AI menyatakan kekesalan di atas kesulitan yang dihadapi pelanggan dan orang awam berikutan penggantungan sementara perkhidmatan JPJ.

”Kami memahami kepentingan memastikan perkhidmatan JPJ kekal mudah diakses, boleh dipercayai dan memberi kemudahan kepada orang awam.

“Sebagai penyedia perkhidmatan JPJ sejak 2000, kami kekal komited dalam memenuhi tanggungjawab kepada kerajaan dan pelanggan,” jelas kenyataan sama.

Tambahnya, transaksi pelanggan sebelum tarikh penggantungan telah diproses dan diselesaikan.

Saham Zetrix AI dibuka pada 7 sen hari ini, meningkat sedikit berbanding 6.5 sen ketika ditutup semalam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.