fb fb fb fb fb

Banjir Baling: Jumlah penduduk terjejas sedikit meningkat

Foto APM

BALING, 4 Oktober - Bilangan penduduk terjejas banjir di Kedah meningkat kepada 218 orang berbanding 241 orang sebelum ini.

Kesemua mereka ditempatkan di tujuh Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di daerah Baling, setakat pukul 8.00 malam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz ketika dihubungi berkata, pertambahan itu melibatkan satu keluarga pada sebelah malam.

"Semua penduduk terjejas masih bermalam di PPS kerana cuaca masih mendung dan keadaan tidak selamat kerana air Sungai Ketil masih di paras berjaga-jaga," katanya.

Faizol berkata, setakat ini tidak ada laporan kemalangan dilaporkan di semua tujuh PPS yang menempatkan penduduk terjejas banjir dan bancian secara berkala dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baling.

TETITIA YUSOFF