
Kuala Lumpur, 22 September – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas penyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri.
- Pelantikan dan penggantungan jawatan tertakluk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman.
- Proses pelantikan mesti mematuhi Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
- Penasihat Undang-Undang Negeri dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan daripada anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi kenyataan memaklumkan, perkara berkaitan pelantikan termasuk penggantungan tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing terletak bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman.
Selain, perundangan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).
“Berhubung dengan kenyataan media Menteri Besar Negeri Sembilan bertarikh 22 September 2026 mengenai penggantungan tugas SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang berkuat kuasa serta-merta, jabatan ini berpandangan bahawa MMK Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas penyandang kedua-dua jawatan tersebut, ” menurut kenyataan itu.
AGC turut menjelaskan bahawa pelantikan Penasihat Undang-Undang Negeri yang baharu hendaklah mematuhi Perkara 37 UUTKNS.
“Ia menetapkan bahawa Penasihat Undang-Undang Negeri dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan,” menurut kenyataan itu lagi.