Rais Yatim dijangka didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini

Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, kira-kira 8.40 pagi dengan diiringi isteri, Puan Sri Masnah Muhamat/Bernama

MELAKA, 25 September- Pengerusi Parti Wawasan Negara, Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini, dijangka bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dijangka didakwa mengikut Akta Hasutan di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh.
  • Kemungkinan pertuduhan akan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
  • Tuanku Muhriz menarik balik dua darjah kebesaran beliau berkuat kuasa 30 Julai bagi memelihara kedaulatan institusi diraja.

Tan Sri Dr Mohd Rais tiba kira-kira 8.40 pagi dengan diiringi isteri, Puan Sri Masnah Muhamat dan anaknya, Danni Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang.

Beliau dijangka dituduh di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Pada 30 Julai lepas, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan kepada Rais berkuat kuasa serta merta.

Pendaftar Darjah, Datuk Moha Zafir Ibrahim dipetik sebagai berkata Tuanku Muhriz menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu yang dikurniakan pada 2001 dan 1979.

Beliau dilaporkan sebagai berkata keputusan itu dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan institusi diraja Negeri Sembilan.

Tan Sri Dr Mohd Rais pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978 hingga 1982. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.