Tuesday, June 2, 2020

updated 12:09 PM UTC, Jun 2, 2020

Bot nelayan dari Vietnam ditahan, tekong dan empat awak-awak gagal kemuka lesen dan pengenalan diri

LABUAN, 9 Mac - Sebuah bot nelayan asing dari Vietnam ditahan Zon Maritim Labuan kerana menceroboh perairan negara dan menunda di Tanjung Kimsam, Labuan, semalam.

Seorang tekong bersama 4-orang awak-awak warga Vietnam turut ditahan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata, bot tersebut ditahan oleh bot Maritim, kira-kira pukul 2:40 minit petang.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun, gagal mengemukakan lesen bot dan dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan akta Imigresen 1959 palang 63 yang membawa kepada denda RM1 juta untuk tekong.

Manakala awak-awak boleh didenda RM100,000 seorang atau penjara 2-tahun atau kedua-duanya, selain bot beserta peralatan dilucuthak.

Bot, tekong dan awak-awak seterusnya dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk tindakan lanjut.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Jenayah
  • Jumlah paparan: 266