fb fb fb fb fb

7 warga China ditahan kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian

7 warga China disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian.

ALOR SETAR, 3 Julai - Dua individu termasuk tujuh warga China ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen Kedah kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.
 
Kesemua ditahan disebuah kediaman di Taman Desa Seraya, Alor Setar, Kedah.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati warga asing terbabit berada di negara ini dengan melanggar syarat pas lawatan.

Manakala dua penduduk tempatan dipercayai melindungi pendatang asing dan terlibat sama dalam aktiviti perjudian.
 
Dalam operasi Ops Serkap ini, pihak Jabatan Imigresen Kedah merampas tujuh pasport warga China dan pelbagai peralatan yang digunakan dalam aktiviti perjudian tersebut .
 
Ia termasuklah komputer riba dan lebih tiga puluh unit telefon bimbit pelbagai jenama.
 
Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 51(5)(a) dan Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.
 
 

HASRON BIN HASSAN