fb fb fb fb fb

Kes bunuh di Perak ada kaitan dengan jenayah terancang

Program Derma Darah Polis Kontijen Perak sempena Hari Polis ke-218.

IPOH,3 JULAI - Siasatan kes seorang lelaki berusia 57 tahun ditemui maut dengan kesan tikaman di sebuah rumah di Taman Tasek Damai, Ipoh minggu lalu, akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, siasatan mendapati kes terbabit mempunyai kaitan dengan jenayah terancang.

"kita terpaksa serahkan kepada Bukit Aman kerana ia melibatkan jenayah yang besar walaupun berlaku di Perak, ia melibatkan jenayah terancang" katanya.

Beliau memberitahu semasa Program Derma Darah Polis Kontijen Perak sempena Hari Polis ke-218, di Ipoh.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa ditemukan terlentang dan berlumuran darah di dapur rumah dengan kesan tikaman di perut serta dada.

Hasil laporan bedah siasatan mendapati terdapat kesan luka tembakan di dada kiri mangsa yang dipercayai menjadi punca kematian.

Polis telah menahan reman anak lelaki mangsa pada 25 Jun lalu bagi membantu siasatan.

HASRON BIN HASSAN