PUTRAJAYA, 3 Julai - Seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Wira ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram bernilai RM75 juta.
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin menggeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap suspek sehingga 6 Julai ini, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Suspek seorang lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
“Suspek dipercayai telah melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2012 bagi kelulusan pembiayaan pinjaman berjumlah RM400 juta untuk sebuah projek pembangunan rangkaian fibre."
“Siasatan awal mengesyaki RM75 juta tersebut telah disalurkan kepada syarikat milik suspek,” katanya.
Tangkapan terhadap suspek adalah susulan Op Fibre yang dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK), SPRM.
Pada 30 Jun 2025, BOK telah mengeledah empat 4 lokasi berbeza termasuk kediaman dan pejabat suspek di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Melalui operasi yang dijalankan, SPRM telah membekukan 12 akaun bank termasuk akaun persendirian dan syarikat bernilai kira-kira RM400,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan tangkapan terhadap suspek.
Kes tersebut disiasat di bawah kesalahan-kesalahan AMLATFPUAA 2001 melibatkan aktiviti pengubahan wang haram.