Mbappe teruja jadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis

Aksi Kaylian Mbappe pada aksi menentang Senegal / REUTERS

EAST RUTHERFORD, 17 Jun – Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe membuktikan statusnya sebagai penyerang berbisa di pentas Piala Dunia selepas meledak dua gol untuk membantu Perancis menewaskan Senegal 3-1.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mbappé kini penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis dengan 58 gol daripada 99 penampilan, memintas Olivier Giroud.
  • Dia mengumpul 14 gol daripada 15 penampilan Piala Dunia, menyamai rekod Gerd Müller dan ketinggalan dua gol di belakang Messi dan Klose.
  • Perancis mensasarkan trofi Piala Dunia ketiga sementara ini kemungkinan terakhir Didier Deschamps sebagai pengendali pasukan.

Kejayaan itu membolehkannya merapatkan jurang dengan bintang veteran Argentina, Lionel Messi selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman kejohanan.

Dua gol itu juga meletakkan nama Mbappe sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman buat Perancis dengan mengumpul 58 gol daripada 99 penampilan. Ia sekali gus memintas rakan sepasukannya, Olivier Giroud (57 gol).

“Saya sangat gembira dapat melakar satu lagi sejarah baharu untuk negara saya.

“Ini adalah perkara yang sentiasa saya impikan. Namun, kami tahu misi sebenar kami di sini dan saya akan ada banyak masa untuk mengenang pencapaian ini selepas bersara kelak,” kata Mbappe selepas perlawanan.

Kini, Mbappe mengumpul 14 gol daripada 15 penampilan di Piala Dunia, menyamai rekod legenda Jerman Barat, Gerd Mueller.

Dia kini hanya ketinggalan dua gol di belakang Lionel Messi dan Miroslav Klose yang memegang rekod bersama dengan 16 gol.

Perancis kini meletakkan sasaran untuk menjulang trofi Piala Dunia ketiga mereka yang juga merupakan kejohanan terakhir buat pengendali pasukan, Didier Deschamps selepas 14 tahun mengemudi pasukan.

Selepas ini, cabaran Perancis dalam saingan Kumpulan I akan diteruskan menentang Iraq di Philadelphia pada Isnin, sebelum berdepan Norway di Boston pada 26 Jun. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.