
SHENZHEN, 18 November – Presiden China, Xi Jinping menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di lapangan terbang pada Rabu, yang tiba bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini.
RINGKASAN BERITA AI
- Sidang membincangkan integrasi ekonomi serantau, perdagangan antarabangsa, pelaburan, kecerdasan buatan dan ketahanan rantaian bekalan.
- Agenda utama termasuk rundingan tiga hala bersejarah antara Xi, Vladimir Putin dan Donald Trump.
- Isu kecerdasan buatan menjadi antara topik utama perbincangan.
Sidang kemuncak itu merangkumi perbincangan mengenai integrasi ekonomi serantau, perdagangan antarabangsa, pelaburan, kecerdasan buatan (AI) serta daya tahan rantaian bekalan.
Antara agenda utama yang menjadi tumpuan ialah rundingan tiga hala bersejarah antara Xi, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Trump. -VIORY