
SAN SALVADOR, 20 November – Presiden El Salvador, Nayib Bukele secara rasmi mendaftarkan pencalonannya di Mahkamah Pilihan Raya Tertinggi pada Khamis bagi merebut jawatan presiden untuk penggal ketiga.
- Diiringi ribuan penyokong melaungkan "enam tahun lagi", beliau mengumumkan penyertaannya sewaktu operasi ketenteraan membantu Haiti.
- Perlembagaan dipinda tahun lalu untuk memansuhkan had penggal, membuka laluan bagi beliau bertanding semula tanpa had.
- Pilihan raya dijadual 28 Februari 2027 dengan Bukele dijangka menang tanpa masalah besar.
- Sekitar 80 peratus rakyat menyokong tindakan kerasnya; operasi tahanan besar-besaran turunkan jenayah ke paras terendah.
Diiringi ribuan penyokong yang melaungkan slogan “enam tahun lagi!”, pemimpin berusia 45 tahun itu mengumumkan penyertaannya di tengah-tengah operasi ketenteraan negaranya memerangi kumpulan geng di Haiti.
Tahun lalu, El Salvador meminda perlembagaannya bagi memansuhkan had penggal jawatan presiden, sekali gus membolehkan Bukele yang memegang tampuk pemerintahan sejak 2019, bertanding semula tanpa had.
Pilihan raya presiden dijadual berlangsung pada 28 Februari 2027 dengan Bukele diramal tidak berdepan masalah untuk memenangi semula pilihan raya berkenaan.
Kira-kira 80 peratus rakyat El Salvador menyokong tindakan keras beliau membanteras jenayah yang menyaksikan puluhan ribu individu ditahan dan dipenjarakan.
Operasi besar-besaran yang berlarutan lebih empat tahun itu berjaya menurunkan kadar jenayah ke paras terendah dalam sejarah.
“Bukele mahu mengukuhkan imejnya sebagai wira menentang jenayah terancang dengan membuktikan beliau bukan sahaja menumpaskan geng di El Salvador, malah turut membantu negara lain yang berdepan krisis keselamatan yang kelihatan mustahil diselesaikan,” kata pakar Haiti di Kumpulan Krisis Antarabangsa, Diego Da Rin kepada AFP.