Prof. Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, dinobat Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan kepada Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 17 JunRektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh, Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyandang Kursi Al‑Ghazzali di ISTAC, terkenal dengan sumbangan luas dalam falsafah Islam dan keilmuan.
  • Menganggap pencarian ilmu sebagai jihad; menuntut ilmu merentasi disiplin dan negara, sentiasa berpegang pada semangat pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan daripada Sultan Perak; kedua penerima menerima wang tunai, trofi dan sijil.

Beliau yang juga Penyandang Kursi Al-Ghazzali dalam Pemikiran Islam di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) mempunyai pengalaman luas serta sumbangan dalam bidang falsafah Islam dan tokoh akademik terkenal di Malaysia.

Datuk Dr Osman menyifatkan perjalanannya sepanjang lebih lima dekad bergelar ahli akademik sebagai usaha menuntut, menyebar dan mengaplikasikan ilmu sebagai satu bentuk jihad yang perlu diteruskan sepanjang hayat.

“Dalam perjalanan menuntut ilmu, saya juga berpeluang berpindah dari satu pusat pengajian ke pusat pengajian yang lain, bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara Barat dan Timur.

“Saya turut meneroka pelbagai cabang ilmu. Pada awalnya saya mendalami bidang matematik, kemudian memperluaskan pengajian kepada bidang agama, falsafah, perbandingan agama dan kajian tamadun, khususnya tamadun Islam.

“Saya menganggap penglibatan saya dalam bidang keilmuan ini sebagai jihad saya. Mudah-mudahan Allah SWT menerima jihad ilmu yang saya laksanakan. Saya sentiasa berpegang kepada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

“Oleh itu, sehingga hari ini saya masih menganggap diri saya sebagai seorang penuntut ilmu. Proses pembelajaran itu tidak pernah selesai,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kurnia Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sementara itu, Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa tahun ini dianugerahkan kepada seorang pakar fiqah Islam dari Maghribi, Dr Ahmad Al-Raysuni.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, selain terkenal dengan kepakarannya dalam bidang Maqasid Syariah.

Tokoh yang yang lahir pada tahun 1953 memiliki Sarjana Muda dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar serta Doktor Falsafah dari Universiti Mohammed V di Rabat, Maghribi.

Kedua-dua tokoh menerima wang tunai sumbangan kerajaan Malaysia,trofi serta sijil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.